Tuesday, May 24, 2011

Hang out sejenak.

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,

Pada 19/05/11 ehem ehem.HAHA aku bersama Haszy eewww pergi keluar dinner ala ala candle light dinner dekat Noodle Station Angsana.BAHAH.Haszy ditemani oleh kakak-kakak beliau untuk mengeskot beliau ke Angsana.HIHI kiteorang makan sambil bercerita kisah silam.HAHA ape tah yang silamnye aku pon tak tau.cerita kami bertajuk,

kenapekaupergitengokwayangsedangkandahadadvdplayerdekatrumahtapidvdplayerturosakmacammananaktengokcerita.

HAHA tu lah tajuk kiteorg.lepas berceloteh sambil makan,
kiteorg pon jalan jalan dekat Angsana tu,tengok handphone.Haszy teringin nak C6 sangat.HAHA kiteorang survey harga.lepas dengar harga,mula la dia alaaaaaaaaa mahal,bla bla bla bla bla.HIHI.dah penat dia cot cet cot cet,kiteorang pon decide nak balik,wuuuuuuuuuuuu ! sebelum balik sempat bergambar :) jangan tanye kenape aku hodoh,sebab mase kecik aku tidak diajar untuk bergambar.HAHA

2y9m :)
sekian terima kasih.

Thursday, May 12, 2011

Jogging

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,

Jogging bersama cik Haszy Hasni ! HAHA tak lame pon,tapi dia punya penat lame gilaaa ! HAHA lagi lagi cik Haszy Hasni tu,siap mengantuk lagi lepas jog tu.grr ! konon nak swimming,tapi lebohhh,tido sudah.HAHA lepas jog,disajikan dengan roti butterscotch dengan air twister oren.maka bermulalah cik Haszy Hasni berkata....
MEMANG KAU KASI AKU YANG MANIS MANIS SEMUANYA !
HAHA,kene marah :P kite dah belikan kire untung lahhhh,gigit jugak.dah lah cakap kite busuk,sebab tak mandi lepas jog.okayy ! FINE,lepas ni jog dekat rumah kite pulak,kite mandi,awak tak payah.jadi awak yang busuk OKAY :P ! HAHA lepas tu dia makan tengah hari,kita tengok je bersama air suam kite.HAHA itu je lah aktiviti kiteorg hari ini !


HAPPY BITHDAY CIK HASZY !
*eh belum 12am lah ! :P ade aku kesah ? HAHA

sekian terima kasih.

Saturday, May 7, 2011

13 MEI !

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,

Ape korang fikir hah ? HAHA perkara yang lalu usah dikenang.HAHA pasal birthday si mokmokomelsijukpolok aka Haszy Hasni.HAHA ape gift nak bagi ? HAHA.yang aku tau ade dua benda je dalam kepala otak dia,ha'ah dua je,sikit kan ? bagus dia ni.HAHA == gigit jugak budak ni,HAHA awakkk,selain tu takde ke ? HEHE yang 2nd choice
tu kita mampu kot,KOT.HAHA dia mesti tak sabar nak tunggu hari ni kan.mesti tengah menari-nari sekarang.HAHA tapi apa-apa pon Haszy Hasni ni ada agenda dia tersendiri.HAHA tunggu dan lihat je la eh ! :P

HAPPY BECOMING BIRTHDAY
MENGHITUNG HARI SAYANG :)

sekian terima kasih.

Secret garden

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,

Telah di suruh tengok jugak jugak jugak dan jugakkkkkkkkkk oleh Haszy Hasni,bersama dia kita menonton.HAHA thanks jadi translator kita :P

baru episod 1 dan 2.HAHA dan episod 13 ==

sekian terima kasih.

Merokok ?

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,

Nak cerita pasal merokok ni sikit,sedar tak sedar sekeliling kita ramai yang merokok,terutamanya lelaki.aku bukan anti perokok.LOL ! bila lelaki atau perempuan merokok aku tak kesah sangat lah,biarlah dieorang.ade aku kesah ? HEHE dieorang seronok dengan cara begitu,tapi yang aku kesahnye.nak jadikan cerita lah kan,suatu hari aku telah di sms oleh Haszy Hasni,HAHA untuk membelikan makanan beliau,BELIAU lah sangat :P die nak snack plate,KFC.aku pon beli lah,then aku pon pergi hantar makanan tu dekat kedai dia,TIN TIN,KFC delivery.HAHA lepas dah bagi ape semua,Haszy Hasni pon dah bayar,aku pon nak balik lah kan.mase nak keluar guard tu,ada seorang perempuan yang berpangkat makcik atau nenek (sekiranya ada cucu) atau kedua-duanya sekali.HAHA berbaju jubah moden,bertudung,berspek hitam dengan megah,jalan macam payah nak jalan,badan dia besar sikit.SAMBIL menghembus asap rokok.aku tertanya-tanya.mana pulak datang asap rokok ni.aku pon pandang tangan makcik tu,ternyata ada sebatang rokok dan dia sedang menghisapnya ! OMG ?? HAHA. jeng jeng jeng.oh makcik yang mungkin bergelar nenek.apekah ?

sekian terima kasih.

Monday, May 2, 2011

Keindahan tersembunyi.

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,

Sebelum aku menulis ni,aku tengah terfikir-fikir ape tajuk entry ni.HAHA tak tau ape tajuk sesuai yang boleh dikaitkan.aku pon sebat je lah ape yang terlintas,maka terjadi lah tajuk macam diatas tu.HAHA siape sangke terselit keindahan diwaktu malam,ditengah-tengah kota yang sesak.korang harus mencubanya sendiri.HAHA aku pon baru tersedar akan keindahan itu.korang cari lah satu spot untuk duduk,dikelilingi orang lalu lalang dan korang bermeditasi sebentar.

Melihat gelagat orang usik mengusik,berjalan sana sini,ketawa,kereta sesak di trafic light,ragam pemandu,lampu bangunan,lampu jalan,bunyi-bunyian dan bermacam lagi.korang perhatikan je keadaan sekeliling.berkhayal sebentar,meditasi.serius korang akan tersenyum kecil dan mula gelak kecil.mengapa ? entah,itu yang terjadi dekat aku.HAHA aku mula merasakan dan dapat menjiwai keindahan malam walaupun di kesibukan kota.kesibukan itu yang menjadikan indah.rasa tenang.itu lah kehidupan.cantik,indah,menarik.hanya kita perlu menyelaminya.HAHA


sekian terima kasih.