Monday, May 2, 2011

Keindahan tersembunyi.

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,

Sebelum aku menulis ni,aku tengah terfikir-fikir ape tajuk entry ni.HAHA tak tau ape tajuk sesuai yang boleh dikaitkan.aku pon sebat je lah ape yang terlintas,maka terjadi lah tajuk macam diatas tu.HAHA siape sangke terselit keindahan diwaktu malam,ditengah-tengah kota yang sesak.korang harus mencubanya sendiri.HAHA aku pon baru tersedar akan keindahan itu.korang cari lah satu spot untuk duduk,dikelilingi orang lalu lalang dan korang bermeditasi sebentar.

Melihat gelagat orang usik mengusik,berjalan sana sini,ketawa,kereta sesak di trafic light,ragam pemandu,lampu bangunan,lampu jalan,bunyi-bunyian dan bermacam lagi.korang perhatikan je keadaan sekeliling.berkhayal sebentar,meditasi.serius korang akan tersenyum kecil dan mula gelak kecil.mengapa ? entah,itu yang terjadi dekat aku.HAHA aku mula merasakan dan dapat menjiwai keindahan malam walaupun di kesibukan kota.kesibukan itu yang menjadikan indah.rasa tenang.itu lah kehidupan.cantik,indah,menarik.hanya kita perlu menyelaminya.HAHA


sekian terima kasih.